Skip to main content

Apa itu eRezeki ?


Petang yang sendu ni saya nak kongsikan dengan semua apa itu erezeki. Alhamdulillah hakak dah lulus sebagai Jurulatih Utama Program eRezeki inisiatif MDEC.

Pernah dengar tak pasal eRezeki? Pernah dengar MDEC?

Siapa MDEC?

"Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) adalah sebuah organisasi yang unik ditubuhkan untuk menentukan hala tuju dan menyelia MSC Malaysia, inisiatif pembangunan ICT nasional, menasihati Kerajaan Malaysia mengenai dasar dan perundangan, membangunkan amalan khusus industri dan menetapkan set piawaian bagi operasi multimedia dan digital. MDEC juga bertanggungjawab untuk mempromosikan MSC Malaysia di dalam negara dan di peringkat antarabangsa di samping memberi sokongan strategik kepada syarikat-syarikat berstatus MSC Malaysia".



Apa itu eRezeki?

Sebelum tu layan dulu video ni berkenenaan eRezeki.



eRezeki ini adalah salah satu inisiatif digital yang menghubungkan golongan berpendapatan rendah dengan saluran pendapatan secara digital dimana individu tu akan buat kerja secara digital. Digital tu apa? digital tu secara maya atau pendek kata melalui komputer @ hp jee..

Sebab tu antara salah satu iklan eRezeki "Kalau Pandai Tekan Pasti Pandai Cari Makan"

Peserta yang join eRezeki akan dilatih, berkelayakan dan dipadankan dengan tugas-tugas sesuai atau bekerja. Ada kelas lagi uolz. Makan dan minum ditanggung lagi tu.

Program eRezeki adalah berdasarkan kepada konsep crowdsourcing - dengan tumpuan khusus kepada model berasaskan perkhidmatan orang ramai.

Macamana nak join kelas?

Kalau berminat boleh pergi ke Pusat & Wakil eRezeki berhampiran. Cuba cari tempat terdekat dengan uolz di website https://erezeki.my



Tugasan/ Kerja eRezeki

Tugasan atau kerja di eRezeki terdiri daripada 4 jenis iaitu :

  • Kerja Digital Mikro (Kerja-kerja yang mudah dan murah, semua boleh buat)
  • Kerja Digital (Kerja yang lebih susah, memerlukan masa dan pengkhususan, tapi lebih masyukk) 
  • Kerja Bukan Digital (Dapat kerja secara digital, tapi buat kerjanya tu offline, contoh macam kerja runner, kemas rumah dan macam-macam lagi)
  • Kerja Digital Pasif  (Lain sikit daripada kerja digital biasa, hasil pendapatan akan dibayar dalam bentuk komisen @ royalti)

Saya kongsikan video hakak Zulaikha kita ni yang dah berjaya meraih pendapatan. Anda bila lagi?




P/S : Ada nak tau apa-apa berkenaan program eRezeki? Cuba komen apa yang nak tahu, nanti hakak buat post berkenaan eRezeki ni lagi kalau perlu


Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Saya adalah seorang pekerja online ..

    Kalau nak ikutkan ada macam-macam cara untuk carik duit secara online ni...contohnye

    (1) Main game online
    (2) Tulis blog
    (3) Ambil survey
    (4) Video Youtube

    dan macam2 lagik cara..kalau nak yang lumayan sikit tapi kena berani sikit ialah main Binary Option ..korang bole baca kat sini Binary Option . Senang nak paham

    So tingkat kan ilmu anda..try baca maklumat atas tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam mana nak buat no 1 and 3

      Delete
    2. Kalau no. 1 tu , mcm2 game bole google. Tp kena jadik pro la baru bole buat duit. Kalau no 3 tu yourvoice.com ok , opinionworld pun ok.

      Delete
    3. Binary option ni better jgn la main. Senang sangat hilang duit. Orang kata mcm main judi pun iya jugak. Better pilih forex trading kalau teringin sgt nak mencuba jual beli saham ni. Perniagaan matawang ni lebih stabil caranya. Platform yang ada pun dipunyai oleh broker2 yang dipercayai. Kalau yang popular mcm XM. Player baru mcm Olymp Trade. Apa2 pun saya suggest buat research dulu tengok apa orang ckp.

      Delete
  3. betul tu.. banyak cara untuk dapat income secara online sekarang ni

    ReplyDelete
  4. salam, boleh saya nk kepastian jika join kelas erezeki ada bayaran yang dekenakan
    ke?

    ReplyDelete
  5. Terima Kasih atas perkongsian,
    erezeki ni Ada Tak sediakan platform utk business online memasarkan produk @ servis mereka?

    ReplyDelete
  6. Sy nak juga Cari income d erezeki. Skrg dah jobless 4 bln

    ReplyDelete
  7. Saya nak juga cari income d erezeki tapi tak tahu caranya

    ReplyDelete
  8. kenapa saya tak boleh login erezeki?

    ReplyDelete
  9. The best slots - DrmCD
    The 수원 출장마사지 best slots: 남양주 출장샵 free spins, cashback, and more · Wildz Casino. · 김해 출장마사지 Wildz Casino. · Wildz Casino 태백 출장안마 · Wildz Casino. · 목포 출장샵 Wildz Casino.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SAYA DAN UITM DAN ePJJ

Sesiapa yang berkata hari cerah itu sinonim dengan kebahagiaan,  dia belum pernah menari dalam hujan. -Penulis Tidak Diketahui- cc : All students UITM.. ha...result akan keluar oada 3 Ogos ni ye. Jom ramai2 kita check result! kejap je masa berlalu.. rasa baru abes azab jawab peksa, dah sesak nafas nak tengok keputusan, dan x lama lagi bermula la sesi kelas + assignment + iclass... ops, lupa nak bagi sikit pengenalan, terus masuk ke topik je.. Saya ni pelajar ijazah seni kulinari di Uitm Shah Alam, tapi bukan sepenuh masa ye, separuh masa je, saya ambil pengajian jarak jauh. (PJJ). Memang satu jarak yang jauh pun, dari Alor Star Kedah ke Shah Alam Selangor mengambil masa lebih kurang 6 jam. Member-member masa zaman diploma kebanyakkan belajar di situ juga, tapi diorang dah nak masuk Final Semester.. Best la depa~ Mana lagi best?  Belajar PJJ atau belajar Full Time? Haaa.. jawab2... Member selalu cakap, "sonok la hang imah, belajaq pjj mudah lulus, senang s...

MIND YOUR LANGUAGE @ OH MY ENGLISH?

Keberanian adalah berasa takut tetapi tetap meneruskan juga. - Dan Rather, Pembaca Berita CBS News Siapa pernah tengok citer zaman dahulukala yg bertajuk MIND YOUR LANGUAGE? dan juga....................... siapa yang tengok OH MY ENGLISH ? Kedua-duanya ada persamaan iaitu untuk rancangan hiburan sambil mengajar.. Satu rancangan pada zaman dahulu dan satu lagi rancangan pada zaman sekarang. Kelompok pelajar yang berbeza iaitu dari segi umur, tapi masih ada persamaan iaitu di dalam kelas dan GURU LELAKI KACAK.  mengajar bahasa inggeris. Okey, bawah ni saya bagi sikit review @ ulasan sebelum kita layan video dia... OH MY ENGLISH , rancangan ni memang penuh dengan pengisian dan boleh tingkatkan skil berbahasa english kita. Diakhir rancangan ditunjukkan semula apa kesalahan2 yang telah dilakukan dan pembetulan bagi setiap kesalah itu. Turut diselitkan humor yang bersahaja. Sangat menarik untuk pembelajaran. Thumbs up to yg create rancangan ni! Memang saya pun lay...