Petang yang sendu ni saya nak kongsikan dengan semua apa itu erezeki. Alhamdulillah hakak dah lulus sebagai Jurulatih Utama Program eRezeki inisiatif MDEC. Pernah dengar tak pasal eRezeki? Pernah dengar MDEC? Siapa MDEC ? "Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) adalah sebuah organisasi yang unik ditubuhkan untuk menentukan hala tuju dan menyelia MSC Malaysia, inisiatif pembangunan ICT nasional, menasihati Kerajaan Malaysia mengenai dasar dan perundangan, membangunkan amalan khusus industri dan menetapkan set piawaian bagi operasi multimedia dan digital. MDEC juga bertanggungjawab untuk mempromosikan MSC Malaysia di dalam negara dan di peringkat antarabangsa di samping memberi sokongan strategik kepada syarikat-syarikat berstatus MSC Malaysia". Apa itu eRezeki? Sebelum tu layan dulu video ni berkenenaan eRezeki. eRezeki ini adalah salah satu inisiatif digital yang menghubungkan golongan berpendapatan rendah dengan saluran pendapatan secara digital d